CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Promosi

Perpustakaan Desa Siber Ilmu Teluk Kumbar giat mengadakan promosi di sekolah, kampung dan jabatan-jabatan berhampiran sebagai tujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan perpustakaan kepada seluruh penduduk Pulau Pinang dan menggalakkan rakyat untuk memupuk minat membaca dan celik IT.
Pameran buku, pendaftaran keahlian dan pelbagai aktiviti telah dijalankan.
Sambutan yang diterima dari para pelajar dan pihak sekolah amatlah menggalakkan.


PROMOSI PERPUSTAKAAN DI SEK KEB SERI PERMAI
PENERANGAN TENTANG PERPUSTAKAAN
TARIAN CHICKEN DANCE
KRAFTANGAN DRAGON FLY









Seronok melihat telatah kanak-kanak pra sekolah belajar buat
kraftangan dragon fly. Mereka seronok dan memberi kerjasama
yang baik pada kami semua... 
Terima kasih pada rakan-rakan semua yang telah menjemput dan
sama-sama menjayakan promosi galakan membaca ini.


          ____________________________________________________
PROMOSI PERPUSTAKAAN DI SEK MEN KEB TELUK KUMBAR 2
PAMERAN DAN PENDAFTARAN KEAHLIAN
AKTIVITI WORD SEARCH, FIND THE DIFFERENCE
TEKA SILANGKATA, CARI BENDA TERSEMBUNYI
DAM ILMU









Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan daerah Barat Daya yang telah membantu dan bertungkus-lumus dalam menjayakan promosi ini kepada masyarakat setempat. Semoga kita semua dapat bekerjasama lagi dalam program yang akan datang.

No comments:

Post a Comment