CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 15 April 2013

Promosi Galakan Membaca di Sek Keb Seri Bayu

PROMOSI GALAKAN MEMBACA DI SEK KEB SERI BAYU
ANJURAN PERPUSTAKAAN DESA SIBER ILMU TELUK KUMBAR
SELASA 19/3/2013

Perpustakaan Desa Teluk Kumbar telah mengadakan promosi dan aktiviti galakan membaca di Sekolah Kebangsaan Seri Bayu. Seramai 70 pelajar pra sekolah yang terlibat. Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan.
Aktiviti yang dijalankan ialah mewarna maskot perpustakaan (lebah). Ramai yang berbakat mewarna walaupun mereka masih kecil.. 
Pihak sekolah juga berharap kami dapat meneruskan lagi aktiviti di masa hadapan. Cadangan dari pihak sekolah ialah puppet show dan aktiviti kraftangan..
Guru sekolah juga diberi penerangan mengenai baby book dan mereka berminat untuk membeli. Terima kasih pada rakan-rakan yang membantu pada hari tersebut.

Gambar sepanjang program







RAKAN-RAKAN YANG MEMBANTU..
NORASYIKIN- CAW BALIK PULAU
SARIPAH OSMAN- PD TELOK TEMPOYAK
ROSLINDA ROMLI - PD SUNGAI ARA
JURAIDAH ZAINOL- PK TELOK BAHANG

Terima kasih rakan-rakan semua..insyaAllah kita akan teruskan lagi program seperti ini...



Program Merakyatkan Seni Budaya Sentuhan Rakyat

PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA SENTUHAN RAKYAT
ANJURAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA PULAU PINANG
DEWAN GERAKAN MASYARAKAT TELUK KUMBAR
SABTU 13/4/2013

Pihak perpustakaan telah dijemput oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Pulau Pinang untuk membantu mereka menjayakan program ini. Pihak perpustakaan diminta untuk mengadili pertandingan mewarna untuk pelajar pra sekolah.  Pihak perpustakaan telah mengadakan pameran buku, kaunter pendaftaran, pameran SBSB, pameran Lincoln Corner dan pameran bas bergerak dari cawangan Georgetown. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah pertandingan mewarna untuk pelajar pra sekolah, pertandingan futsal padang, pertandingan permainan tradisional- congkak, dam aji gergasi, sepak raga tuju.
Acara walkabout (konvoi kunjungan kasih - sumbangan hamper oleh jawatankuasa penganjur kepada keluarga miskin). Selain itu pengunjung juga dihiburkan dengan  persembahan tarian kebudayaan dari pihak penganjur. Hadiah menarik telah diberikan kepada para pemenang. Jamuan kenduri rakyat juga disediakan untuk pengunjung.
Majlis ini dirasmikan oleh Dato' Seri Dr. Hilmi Haji Yahya...

Gambar sepanjang program...










RAKAN-RAKAN YANG MEMBANTU..
SITI NOR ZURAINI- PK BUKIT GEDUNG
ROSLINDA ROMLI - PD SUNGAI ARA
HAFIZAL & RAMESH- BERGERAK GT
Terima kasih rakan-rakan semua....semoga kita dapat bekerjasama lagi...

Sukaneka Rakyat Teluk Bahang & Cleaner Greener Penang

PROMOSI PERPUSTAKAAN SEMPENA PROGRAM SUKANEKA RAKYAT TELUK BAHANG & CLEANER GREENER PENANG
ANJURAN MPPP
PANTAI TELOK BAHANG
AHAD 7/3/2013

Perpustakaan Komuniti Teluk Bahang telah menjemput saya untuk turut serta dalam program ini yang telah dijalankan dengan kerjasama MPPP. Program ini dijalankan untuk penduduk komuniti Telok Bahang dengan acara sihat seperti sukaneka dan menanam kesedaran penduduk untuk menjaga kebersihan.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah mewarna untuk pelajar pra sekolah. 22 acara sukaneka pantai, teka jumlah biji buah betik. Bina Istana Pasir. Pameran buku , pameran SBSB. 
Jamuan kenduri rakat. Pelbagai hadiah menarik yang telah disediakan untuk pemenang. 
Majlis dirasmikan oleh YB. Speaker Dato' Hj. Abdul Halim bin Hussain. 
Terima kasih diucapkan pada Juraidah Zainol kerana telah menjemput saya untuk turut serta dalam program ini.

Gambar sepanjang program