CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 15 April 2013

Program Merakyatkan Seni Budaya Sentuhan Rakyat

PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA SENTUHAN RAKYAT
ANJURAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA PULAU PINANG
DEWAN GERAKAN MASYARAKAT TELUK KUMBAR
SABTU 13/4/2013

Pihak perpustakaan telah dijemput oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Pulau Pinang untuk membantu mereka menjayakan program ini. Pihak perpustakaan diminta untuk mengadili pertandingan mewarna untuk pelajar pra sekolah.  Pihak perpustakaan telah mengadakan pameran buku, kaunter pendaftaran, pameran SBSB, pameran Lincoln Corner dan pameran bas bergerak dari cawangan Georgetown. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah pertandingan mewarna untuk pelajar pra sekolah, pertandingan futsal padang, pertandingan permainan tradisional- congkak, dam aji gergasi, sepak raga tuju.
Acara walkabout (konvoi kunjungan kasih - sumbangan hamper oleh jawatankuasa penganjur kepada keluarga miskin). Selain itu pengunjung juga dihiburkan dengan  persembahan tarian kebudayaan dari pihak penganjur. Hadiah menarik telah diberikan kepada para pemenang. Jamuan kenduri rakyat juga disediakan untuk pengunjung.
Majlis ini dirasmikan oleh Dato' Seri Dr. Hilmi Haji Yahya...

Gambar sepanjang program...










RAKAN-RAKAN YANG MEMBANTU..
SITI NOR ZURAINI- PK BUKIT GEDUNG
ROSLINDA ROMLI - PD SUNGAI ARA
HAFIZAL & RAMESH- BERGERAK GT
Terima kasih rakan-rakan semua....semoga kita dapat bekerjasama lagi...

No comments:

Post a Comment