CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 19 March 2013

Program Koperasi Bersama Komuniti

PROMOSI PERPUSTAKAAN SEMPENA PROGRAM KOPERASI BERSAMA KOMUNITI DAN KARNIVAL 2K BAYAN BARU 2013
ANJURAN MAJLIS PERUNDINGAN KOPERASI PARLIMEN BAYAN BARU
SEK MEN KEB BATU MAUNG
SABTU 9/3/2013

Perpustakaan Desa Telok Tempoyak telah dijemput oleh pihak sekolah untuk turut sama menjayakan program tersebut. Antara program yang dijalankan ialah Pameran Agensi Swasta dan Kerajaan. Taklimat perniagaan koperasi dan motivasi, Pertandingan Petanque, pertandingan mewarna, Pertandingan pakaian bomba, pertandingan masukkan air dalam paip, pertandingan memasak kuih bengkang dan sukaneka "Coop Community".
Majlis dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Abdul Rahim bin Saibu (Pengerusi MPKP Bayan Baru)



Promosi Galakan Membaca di Tadika Al-Azhar

PROMOSI GALAKAN MEMBACA DI TADIKA AL-AZHAR BESTARI
ANJURAN PERPUSTAKAAN DESA SIBER ILMU TELUK KUMBAR
JUMAAT 15/3/2013

Perpustakaan Desa Teluk Kumbar telah mengadakan promosi dan aktiviti di Tadika Al-Azhar. Aktiviti yang dibuat ialah Funny Egg. Seramai 40 pelajar yang terlibat.
Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan dari tenaga pengajar dan pelajar .
Mereka sangat gembira dan meminta pihak kita akan meneruskan lagi aktiviti seperti ini.. Terima kasih diucapkan pada rakan yang membantu pada hari tersebut - Kak Pah dari Desa Telok Tempoyak dan Syikin dari Caw. Balik Pulau..

Gambar sepanjang program..



Terima kasih pada semua yang membantu.. we having fun...

Thursday 7 March 2013

Promosi Perpustakaan bersama Komunti Bandar Baru Perda

PROMOSI PERPUSTAKAAN BERSAMA KOMUNITI BANDAR BARU PERDA
ANJURAN KOMUNITI PENDUDUK BANDAR BARU PERDA TELUK KUMBAR
SURAU AL-FURQAN BANDAR BARU TELUK KUMBAR
SABTU 25/1/2013

Pihak Komuniti Bandar Baru Perda Teluk Kumbar telah menjemput pihak perpustakaan untuk membantu mereka dalam pertandingan mewarna dan mengadili pertandingan tersebut. Program ini adalah aktiviti anjuran komuniti di sini bersama penduduk setempat.
Banyak aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang program ini iaitu pameran perpustakaan, aktiviti dot..dot..dot.., perbezaan gambar, cari perkataan tersembunyi, bacaan sajak, pameran SBSB dan pameran buku.
Pihak penganjur juga menyediakan hadiah cabutan bertuah sempena program ini.
Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan. 
Terima kasih diucapkan pada semua pihak yang terlibat.

Gambar sepanjang program







Wednesday 6 March 2013

Program Cleener, Greener, Safer

PROMOSI PERPUSTAKAAN SEMPENA PROGRAM CLEENER, GREENER SAFER 
ANJURAN  MPPP DAN KOMUNITI PENDUDUK FLAT TAMAN TELUK KUMBAR
PERKARANGAN FLAT TAMAN TELUK KUMBAR
SABTU 22/12/2012

Pihak MPPP telah menjemput pihak perpustakaan untuk menjayakan program ini. Program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada komuniti mengenai pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar. 
Pihak perpustakaan telah ditugaskan untuk menyediakan gambar mewarna dan drawing block untuk pertandingan melukis dan menjadi pengadil pertandingan mewarna dan melukis. Aktiviti lain yang dijalankan ialah puzzle, bina perkataan, maze, find the words. Pameran Bas Bergerak dari Cawangan Georgetown.
Sepanjang program tersebut banyak aktiviti menarik yang telah dijalankan seperti pameran agensi kerajaan dan swasta. Cabutan bertuah, Aktiviti bersama penduduk dan komuniti setempat dan pelbagai hadiah menarik yang telah disediakan...
Terima kasih diucapkan pada pihak MPPP kerana telah menjemput kami..

Gambar sepanjang program






KAKITANGAN YANG TERLIBAT

NORITA MUSTAFA- PDSI TELUK KUMBAR
SARIPAH OSMAN- PD TELOK TEMPOYAK
SALWANA HAMID- PD PULAU BETONG
ANISAH ABDUL RASID- PD PERMATANG PASIR
RAMESH- BERGERAK GEORGETOWN

TERIMA KASIH DIUCAPKAN PADA SEMUA...