ANJURAN AADK
DEWAN JKKK SUNGAI NIBONG TENGAH
AHAD 3 JUN 2012
Pihak AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) telah menjemput pihak perpustakaan untuk bersama-sama mereka menjayakan program Family on Alert ini. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya penyalahgunaan dadah.
Sepanjang program tersebut pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan seperti pameran dan promosi perpustakaan dan bas bergerak, pameran "Cure & Care" dari AADK, aktiviti teka jumlah kacang hijau, ceramah penyalahgunaan dadah, program mewarna, word search, maze. Aktiviti bersama penduduk kampung dan pelbagai hadiah menarik yang telah disediakan. Jamuan makan juga disediakan untuk semua peserta yang terlibat. Makanan memang sedap dan best...
Terima kasih diucapkan kepada pihak AADK kerana telah menjemput kami...
Gambar sepanjang program