CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 5 June 2012

Promosi Perpustakaan Sempena Program FOA "Family on Alert" anjuran AADK

PROMOSI PERPUSTAKAAN SEMPENA PROGRAM FAMILY ON ALERT
ANJURAN AADK
DEWAN JKKK SUNGAI NIBONG TENGAH
AHAD 3 JUN 2012


Pihak AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) telah menjemput pihak perpustakaan untuk bersama-sama mereka menjayakan program Family on Alert ini. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya penyalahgunaan dadah.
Sepanjang program tersebut pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan seperti pameran dan promosi perpustakaan dan bas bergerak, pameran "Cure & Care" dari AADK, aktiviti teka jumlah kacang hijau, ceramah penyalahgunaan dadah, program mewarna, word search, maze.  Aktiviti bersama penduduk kampung dan pelbagai hadiah menarik yang telah disediakan. Jamuan makan juga disediakan untuk semua peserta yang terlibat. Makanan memang sedap dan best...
Terima kasih diucapkan kepada pihak AADK kerana telah menjemput kami...


Gambar sepanjang program




Karnival Jom Pakat-pakat Mai Perpustakaan !!

KARNIVAL JOM PAKAT-PAKAT MAI PERPUSTAKAAN & CELEBRATING THE 50TH ANNIVERSARY OF PEACE CORPS MALAYSIA
 "PHOTO EXHIBITION LAUNCH"
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG
JUMAAT 25 MEI 2012


Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang sedang dalam usaha menggalak dan memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat Pulau Pinang. Salah satu usaha tersebut ialah melaksanakan Karnival Perpustakaan – Jom Pakat-Pakat Mai & Celebrating the 50th Anniversary of Peace Corps : Photo Exhibition Launch pada 
25 mei 2012.
Saya dan rakan dari Daerah Barat Daya ditugaskan untuk mengendalikan program mewarna bagi kanak-kanak 4-6 tahun. Memang seronok kendalikan aktiviti dengan anak-anak kecil yang comel-comel nie..
Jom kita lihat gambar sepanjang program mewarna dan ada selingan tayangan video untuk anak-anak kecil ini sementara mereka menunggu keputusan pemenang..






ADIK-ADIK SEMUA MEMANG BEST!!!





Promosi Perpustakaan Sempena Program Mesra Rakyat

PROGRAM MESRA RAKYAT
ANJURAN PEJABAT DAERAH BALIK PULAU
KOMPLEKS SUKAN BALIK PULAU
SABTU 19/5/2012


Program Mesra Rakyat ini telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Balik Pulau. Pihak perpustakaan telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan program ini dan kami terlibat dalam mengendalikan program mewarna dan mengadakan pameran perpustakaan. 
Pelbagai program yang menarik telah dianjurkan pada hari tersebut iaitu pameran dari agensi kerajaan dan swasta. Hadiah cabutan bertuah, sukaneka, jamuan rakyat, ceramah kesedaran. Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan...


Gambar sepanjang program


HASIL KREATIVITI KANAK-KANAK

MEREKA SEDANG TEKUN MEWARNA



KAKITANGAN YANG TERLIBAT

NORITA MUSTAFA - PDSI TELUK KUMBAR
CIK UMMIL KHAIRIAH- CAWANGAN BALIK PULAU
NURUL ISMAWATI- CAWANGAN BALIK PULAU
SALWANA HAMID- PDSI PULAU BETONG
LAU PAY CHEN- PDSI PANTAI ACHEH
NUR KHAINIZA- PDSI SUNGAI BURONG
ANISAH ABDUL RASID- PDSI PERMATANG PASIR
EN AZMAN- BERGERAK 3 BALIK PULAU

TERIMA KASIH DIUCAPKAN PADA SEMUA...