CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 25 April 2012

Program Corporate Services Responsibility (CSR) Anjuran Tenaga Nasional Berhad

PROGRAM CORPORATE SERVICES RESPONSIBILITY (CSR)
ANJURAN TENAGA NASIONAL BERHAD
RABU 25/4/2012
PERPUSTAKAAN DESA SIBER ILMU TELOK TEMPOYAK


Program ini telah dianjurkan oleh pihak TNB sebagai salah satu charity program kepada masyarakat yang memerlukan dan Perpustakaan Desa Siber Ilmu Telok Tempoyak amat bertuah kerana telah terpilih untuk menerima sumbangan dari mereka.
Pihak TNB telah memasang langsir dan kipas dinding di Perpustakaan Telok Tempoyak. Mereka memberi meja kaunter,buku, kerusi pegawai, rak majalah & suratkhabar serta memberi cek saguhati kepada 2 penduduk kampung dan memberi pakaian terpakai pada golongan yang tidak berkemampuan dan menjalankan aktiviti mewarna untuk pelajar tadika.
Pihak perpustakaan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan dan kerjasama yang baik dari pihak TNB.
Terima kasih juga pada Puan Saripah petugas PD Telok Tempoyak kerana telah menjemput saya untuk turut serta membantu.


Gambar sepanjang program...



sumbangan buku dari pihak TNB

bertuah Kak Pah. Library dah cantik...tq semua...



Promosi Perpustakaan Sempena Sambutan Jubli Emas di Sek Men Sg Ara

Promosi Perpustakaan Sempena Sambutan Jubli Emas 
Sek Men Keb Sg Ara (1962-2012)
Selasa -24/4/2012 

Program ini dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara dan mereka telah menjemput Perpustakaan Desa Siber Ilmu Sungai Ara untuk turut serta menjayakan program ini. Terima kasih diucapkan pada Kak Linda kerana telah menjemput kami .Antara program yang dijalankan ialah pameran, promosi "Setiap Bayi Satu Buku", kaunter pendaftaran dan aktiviti info hunt untuk pelajar.


Gambar sepanjang program...




KAKITANGAN YANG TERLIBAT 
Roslinda Romli - PDSI SG ARA
Saripah Osman- PDSI Telok Tempoyak
Norita Mustafa- PDSI Teluk Kumbar
Siti Nor Zuraini - PK Bukit Gedung
Lau Pay Chen - PDSI Pantai Acheh
Norasyikin- Cawangan Balik Pulau
Mimi Laila- PK Batu Uban
Suhana & Rosidah Romli -PD PNM Titi Teras
Encik Azman- Bergerak 3 Balik Pulau

Wednesday 18 April 2012

Karnival Hari Buku & Hakcipta Sedunia 2012


Jom sertai " Karnival Hari Buku & Hakcipta Sedunia" di Perpustakaan Cawangan Georgetown


Gambar-gambar sepanjang program


Tuesday 17 April 2012

Promosi Perpustakaan di Sekolah

Sempena Aktiviti Galakan Membaca, kami dari kakitangan daerah Barat Daya telah mengadakan Promosi dan Pameran di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbar.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung ialah pameran perpustakaan dan buku, pameran "Setiap bayi Satu Buku", pendaftaran keahlian dan aktiviti info hunt untuk pelajar. Guru dan pelajar memberikan kerjasama yang baik.






Pelajar melihat pameran dan mendaftar sebagai ahli


 
Memberi tumpuan sebelum aktiviti bermula

 Cenderahati untuk pihak sekolah

 Memberi taklimat dan penerangan untuk aktiviti info hunt
 Bersedia sebelum aktiviti bermula
Pameran buku dan kaunter pendaftaran

Budi bahasa budaya kita, pasti ramai rakan-rakan yang meminati lagu ini.. click lah..



TERIMA KASIH DIUCAPKAN PADA RAKAN-RAKANKU SEMUA YANG TELAH MEMBANTU MENJAYAKAN PROGRAM INI. JASA KAMU SEMUA AMAT DIHARGAI
Saripah Osman - Perpustakaan Desa Siber Ilmu Telok Tempoyak
Roslinda Romli - Perpustakaan Desa Siber Ilmu Sungai Ara
Juraida Zainol- Perpustakaan Komuniti Telok Bahang
Siti Nur Zuraini- Perpustakaan Bukit Gedong
Norasyikin - Perpustakaan Cawangan Balik Pulau